Panduan Memohon Lesen Borong Beras
  Panduan Memohon Lesen Borong Beras
 
  1.  Permohonan hendaklah menggunakan Borang C yang dikeluarkan oleh bahagian Kawalselia Padi dan Beras, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
  2.  Sila baca panduan yang disediakan dengan teliti sebelum mengisi Borang C
  3.  Permohonan Lesen hanya dikeluarkan kepada Warganegara Malaysia yang berumur 18 Tahun ke atas sahaja atau jika syarikat adalah milik warganegara Malaysia sahaja
  4.  Jangan kepilkan wanga atau apa-apa bayaran semasa membuat permohonan, Bayaran Lesen hanya akan diminta apabila permohonan itu diluluskan. (Bayaran minimum Lesen Borong Beras adalah sebanyak RM200 setahun
  5.  Borang-borang permohonan yang tidak diisi dengan jelas dan sempurna atau dikemukakan dengan tidak lengkap akan dikembalikan semula ataupun permohonan tersebut ditolak.
  6.  Semua permohonan akan diberitahu keputusannya dan bagi permohonan yang tidak lulus/ditolak sebab-sebab penolakan tidak akan diberitahu.
 
  Panduan Menigisi Borang Permohonan
 
   Bahagian I, II dan III Borang C hendaklah dipenuhkan oleh semua pemohon
 
  1.1  Bagi Perniagaan Milik Tunggal / Perkongsian
    i.  Sertakan salinan sah Sijil Pendaftaran Perniagaan iaitu Borang A atau B dan Borang D yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia, yang mana ianya hendaklah juga menunjukkan jenis perniagaan termasuk "Beras Borong" dan Alamat premis perniagaan yang dipohon itu telah didaftarkan - Semenanjung Malaysia
   ii.  Sertakan salinan sah Certificate of Registeration (Form R.22), Form 1 (I.R.D. No 7) dan Estract of Business Names Registeration - Negeri Sarawak, yang dikeluarkan oleh suruhanjaya Syarikat Malaysia dan memasukkan "Perniagaan Borong Beras"
   iii.  Sertakan Salinan Sah Trading Licence - Negeri Sabah, yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan masukkan "Perniagaan Borong Beras"
   iv.  Sertakan salinan Penyata Akaun Bank yang terkhir di atas nama pemohon atau nama perniagaan yang telah didaftarkan dengan balik akaun tidak kurang RM100, 000 (Bumiputera) dan RM150, 000 (bukan Bumiputera) bagi perniagaan milik tunggal/perkongsian.
 
  1.2  Bagi Syarikat Kerjasama/Koperasi dan Pertubuhan Peladang - dikehendaki mengemukakan
   i.  Senarai nama-nama Ahli Jawatankuasa yang menunjukkan Jawatan, No Kad Pengenalan dan Alamat
   ii. Cabutan Minit Mesyuarat Jemaah Pengarah atau Jawatankuasa yang memberi persetujuan memohon Lesen Borong Beras dengan menyatakan peruntukan modal bagi menjalankan perniagaan tersebut tidak kurang daripada RM100,000 (bumiputera) dan RM150,000 (Bukan Bumiputera)
   iii. Salinan Sijil Pendaftaran Koperasi/Syarikat Kerjasama/ Pertubuhan Peladang
   iv. Senaskah Buku Undang-Undang Kecil Pertubuhan.
 
   1.3  Bagi Syarikat Sendirian Berhad dikehendaki mengemukakan
   i.  Salinan Borang 9 iaitu perakuan Perbadanan Syarikat Sendirian
   ii.  Salinan Borang 24 iaitu jumlah sher syarikat yang telah dibayar oleh tiap-tiap pemegang syer
   iii. Salinan Borang 49 iaitu Kedudukan Pengarah/Setiausaha Syarikat.
   iv. Senaskah Memorandum and Articles of Association.
 
   * Salinan Borang 9, 24 dan 49 hendaklah salinan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau Setiausaha Syarikat
   * Modal berbayar (Paid-Up Capital) syarikat hendaklah sekurang-kurangnya RM100,000 (Bumiputera) dan RM150,000 (Bukan Bumiputera)
 
 
  Bahagian II
  2.1  Premis  : Pemohon hendaklah menyediakan premis yang sesuai bagi menjalankan urusniaga beras dan premis tersebut belum ada memiliki sebarang lesen beras
  2.2  Dokumen Sokongan  : Pemohon dikehendaki mengemukakan perkara-perkara seperti berikut:-
         i.  Surat pengesahan daripada pembekal beras seperti BERNAS dan Kilang Beras
         ii.  Senarai bakal pelanggan yang terdiri daripada pemegang Lesen Runcit Beras dan penguasaha makanan, tidak kurang dari 10 pelanggan
        iii.  Salinan Geran kenderaan seperti lori dan van (jika ada)
 
 
 
 Nota :
Borang yang telah diisi dengan lengkap berserta dengan dokumen-dokumen yang sah sebagaimana dinyatakan dalam borang permohonan dan lain-lain dokumen, jika ada yang boleh menyokong dan memperkuatkan permohonan tersebut hendaklah dihantar kepada
 
    Ketua Pengarah Kawalselia Padi dan Beras
    Bahagian Kawalselia Padi dan Beras
    Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
    Aras 2, Wisma Tani,
    No. 28, Persiaran Perdana, Presint 4,
    62624 Putrajaya
    Tel : 03 -8870 1751